Apr 16, 2015

Faktor X

Di kala buntu,
lemah atau tidak tahu di mana kekuatan,
jalan atau daya lagi untuk diikhtiarkan;
tidak tahu di mana lagi untuk dikorek ilham,
hiburan apa lagi untuk diri yang bungkam;
ketahuilah bahawa hanya ada 2 faktor utama sahaja yang menemani hidup ini:-
...faktor pembantu dan faktor penentu.
Setinggi mana faktor pembantu itu:-
...kebijaksanaan firasat akal
...kerahan denyut usaha
...wang harta benda
...teman dan saudara
...hiasan serta hiburan dunia dan lain-lainnya,
hanya faktor penentu itulah yang bisa
mematahkan
atau menjulangkan satu impian,
kejayaan
atau kebahagiaan.
Mengingatkan satu faktor itulah
sebuah badai di jiwa akan menjadi tenteram.
Ingatkanlah aku selalu akan hakikat itu,
kerana lupa sinonim dengan diri insan seperti aku...

0 idéa:

Post a Comment