Pasti Berbeza!

Jika aku adalah sahabatmu yang bernama A,
layanannya pasti berbeza
jika aku adalah sahabatmu yang bernama M,
layanannya pasti berbeza

jika aku adalah mahasiswa yang mendukung gerakan A,
layanannya pasti berbeza
jika aku adalah mahasiswa yang mendukung gerakan M,
layanannya pasti berbeza

jika aku menyokong parti N,
layanannya pasti berbeza
jika aku menyokong parti R,
layanannya pasti berbeza

jika aku merupakan rakyat dari negeri K,
layanannya pasti berbeza
jika aku merupakan rakyat dari negeri J,
layanannya pasti berbeza

jika aku adalah anak raja,
layanannya pasti berbeza
jika aku adalah anak menteri kaya,
layanannya pasti berbeza
jika aku adalah anak petani papa,
layanannya pasti berbeza

jika aku berbangsa A,
layanannya pasti berbeza
jika aku berbangsa I,
layanannya pasti berbeza

jika aku beragama I,
layanannya pasti berbeza
jika aku beragama J,
layanannya pasti berbeza

jika aku menyarung tudung litup
layanannya pasti berbeza
jika aku mengenakan purdah
layanannya pasti berbeza
jika aku memakai serban
layanannya pasti berbeza
jika aku mendedahkan anggota
layanannya pasti berbeza

harus bagaimana aku jadi sekalipun,
layanannya pasti berbeza
kerana bukanlah namanya manusia
jika adil itu sifatnya!

Kolej Pendeta Za'ba
UKM
10 Oktober 2010
2.oo p.m.

Comments

  1. thank you! terharunya bila ada org suka entri saya... =)!!!

    ReplyDelete
  2. ^_^ post yg ni sg2 tersirat mksdnye..teruskn berjuang, jawahir.. gambatte! nnti leh lh ajar akak berPUISI =D

    ReplyDelete
  3. terima kasih... insyaallah! ganbatte utk akak juga! byk pengisisan best kat blog akak =).. saya xdelah pandai sgt, sikit2 je

    ReplyDelete
  4. salam 'alaik

    jadi tidak perlu kita menjadi 'sesuatu' semata2 kerana layanan manusia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts