May 17, 2015

sifar empati

aduhai saudaraku,
Palestin juga Syria tak kunjung reda
tatkala Yaman dibedil saudara
pemimpin Ikhwan pula menghitung derap langkah ke syurga
tiada surut alunan nestapa, Rohingya pula terumbang-ambing di gelora
lalu terketuk apa khabar Somalia?
tertanya pula sudah sehabis amankah Bosnia Herzegovina, Kosovo dan Chechnya?
seakan-akan penghuni bumi ini kedekut bagimu
daratan ini tidak layak untukmu tanpa mata wang paspot visa segala
tusukan sukma darah air mata santapan sentiasa
pemimpin yang petah berbicara di persada OIC kini hanya menggumam
Oh I See!?
atau barangkali hanya bergegar di media maya atau di kaca tv
seperti aku yang menggetus sendiri
di 'dinding' ini
tiada aksi, semuanya sirna...

Cheras
17 Mei 2015



0 idéa:

Post a Comment