Dec 26, 2014

Kontang & Kehujanan


Genap sedekad tragedi tsunami membadai Acheh, Malaysia, Thailand & Sri Lanka hari ini.
Tragedi tsunami yang lalu memperlihatkan kedhaifan & ketidakkuasaan manusia berdepan dengan ujianMu. Pada tanggal hari ini juga, negeri demi negeri di Malaysia ditenggelami banjir.
Jika diingati, pada awal tahun ini juga; musibah El-Nino melanda negara menyaksikan bumi ini kering tidak menadah hujan hinggakan Solat Istisqa' dilakukan bagi meminta hujan diturunkan.
Hari ini ironinya, kami memohon sebaliknya kepadamu Ya Rabb.

Sungguh banyak dosa, kemaksiatan & keingkaran telah dilakukan.
HukumMu sebahagian daripada kami tentang,
syariatMu sebahagian daripada kami buang,
laranganMu sebahagian daripada kami tayang.
Janganlah Engkau balakan kami Ya Allah kerana kesilapan sebahagian manusia itu Ya Allah. Selamatkanlah kami Ya Allah.

La hawla wa la quwwata illa billahil 'aliyil adzim.

0 idéa:

Post a Comment