Kek Keju yang Sangat Mudah

Tiba-tiba terasa nak makan kek. Tengok dalam peti sejuk ada 1 paket cream cheese yang masih belum terusik. Tak pernah terlintas nak buat kek keju sebab cara membuatnya acapkali kelihatan rumit (melalui resepi-resepi yang pernah dibelek sebelum ini). Alhamdulillah, semasa menggoogle resepi ni semalam; terjumpa satu resepi kek keju di My Resepi yang paling mudah. Bahan yang diperlukan adalah sedikit dan penyediaannya sangat senang. Almaklumlah, saya tak suka menggunakan bahan yang disukat secara metrik (gram, liter, ounce dll). Memandangkan cream cheese yang tinggal hanya 1 paket = 250 gm sahaja, resepi asal telah saya ubah dan sesuaikan.


Rupa kek setelah dibakar. Tray yang digunakan untuk meletakkan loyang ini diletakkan air sedikit bagi mengelakkan bahagian bawah kek terbakar.

Letak sikit filling blueberry atas kek
Bahan-bahan:
  • 250gm cream cheese (saya gunakan jenama Tatura)*
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar jus lemon**
* Saya keluarkan keju 20 minit lebih awal agar mudah untuk dipukul nanti.
** Jus ini optional namun jus buah sitrus selalu hadir dalam resipi kek keju. Memandangkan lemon, oren atau sebarang jenis limau tiada di rumah, saya gunakan sahaja Sunquick perisa oren yang sedia ada di rumah.

Cara-cara:
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan cream cheese dan pukul. Masukkan jus lemon dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul. Bagi mereka yang tidak sukakan rasa keju yang terlalu kuat, boleh tambah sedikit lagi tepung dan bagi mereka yang mahukan keaslian rasa keju, 2 sudu tepung sudah memadai.*
  4. Masukkan adunan dalam loyang yang sudah digris. Bakar lebih kurang 30 minit menggunakan api bawah dan bakar lebih kurang 5-10 minit lagi menggunakan api atas untuk mendapatkan permukaan kek yang cantik.**
* Sebaiknya ayak dahulu tepung bagi mendapatkan tekstur yang lebih gebu.
** Saya isikan dulang/tray yang mengalas loyang itu dengan sedikit air bagi memastikan bahagian bawah kek tidak hangus. Bagi memastikan permukaan kek cantik, bakar kek di rak bawah ketika menggunakan api atas.

~ Selamat mencuba ~

Comments

  1. nak tanya, bila nak letak oren/jus lemon?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Saya masukkan jus lemon/oren waktu pukul bersama dengan cream cheese

    ReplyDelete
  4. Nak tny sudu besar yg dimaksudkn tu sudu meja ka yg kta guna utk mkn tu?

    ReplyDelete
  5. t kasih kongsi resipi..sy pun suka cr resipi yg simple, tp sedap..

    ReplyDelete
  6. Klu xde jus lemon blh ganti dgn yogurt x?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts