Bicara yang Pahit
Berkata
benar itu pahit. Jika sang penerima tidak mampu menerima atau metod kebenaran
itu disampaikan tidak sesuai gayanya, maka sang pembicara itu pula yang akan
tercedera dan menanggung luka. Mungkin luka itu berbaloi dirasakan kerana rasa
cinta kepada agama atau saudara.
Bisakah
diserikkan bicara benar itu untuk dihentikan? Tatkala serik itu sungguh
meyakinkan jiwa, maka tiada lagi bicara benar untuk kusampaikan padanya...
Tiada lagi... Sirna...
"Telah
ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana
cinta, aku berkorban
Telah ku
rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana
cinta, aku terpaksa
Kerana cinta
jua aku berbicara
Dengan nada
insan terluka
Meluah rasa,
meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…"> Mesti membaiki ketempangan bicara
Comments
Post a Comment