Kami rela makan garam demi membebaskan al-Aqsa!
Disalin daripada Angel Pakai Gucci:
"Kami
rela makan garam demi membebaskan al-Aqsa!" :'(
Sungguh
menarik dan basah komentar yang diberikan oleh seorang akh yg amat saya hormati
tentang Bajet 2013 yang dibentangkan semalam.
Katanya, kedua-dua bajet kerajaan BN dan PR membuktikan yang masyarakat kita hari ini sedang mengalami krisis nilai, kerana kedua-duanya menjanjikan perkara-perkara yang bersifat materialistik; siapa yang berjaya menjanjikan paling besar ganjaran atau paling menurun harga sesuatu barang, pastilah dia yang akan diundi.
Katanya lagi, amat berbeza situasi rakyat Malaysia dengan rakyat Gaza di mana mereka rela bersusah demi menyokong perjuangan Hamas. Slogan mereka, "Kami rela makan garam demi membebaskan al-Aqsa!"
Allahu allah.
Di sinilah peranan kita sebagai dua't di tengah-tengah masyarakat; merobah neraca nilai di mata masyarakat. Kita berusaha dan bekerja sehingga berjaya mengubah nilai materialistik masyarakat kepada nilai Allah dan Islam semata. Sehingga asyarakat mengejar sorga dan mengelak neraka, dan tidak lagi memburu harta dan dunia.
Dan masyarakat yang telah sibghah dengan unsur Islam, pasti akan menjatuhkan dan menewaskan sebarang unsur yang bukan Islam, sehinggalah sebuah negara yang benar-benar Islam dapat terbina.
Tambah akh itu lagi,
"Sepertimana buah mempelam hanya keluar dari pohon mempelam, dan bukannya pokok kelapa."
=)
Komentar yang cukup tarbawi! Allahu Akbar!
Kredit diberikan sepenuhnya kepada Encik Osem, blogger Angel Pakai Gucci.
p/s: rakyat sejati yang ditarbiyah dengan perjuangan, pengorbanan, mehnah dan tribulasi seperti rakyat Palestin tidak perlu digula-gulakan oleh pemimpin untuk menilai siapakah pemimpin sebenar untuk memimpin mereka.
Macam isu boikot jugak. Kalau betul2 sensitif dan prihatin dengan saudara kita kat Palestin, insyaAllah boleh diteruskan walaupun ujiannya cukup banyak..Pendek kata, atas diri sendiri jugak.. =)
ReplyDelete