Kelebihan Memiliki Anak Perempuan
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia
bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t
akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini
diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun
tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan
Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah
bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan
menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya
dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
~~~
Sesungguhnya perempuan
atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat
kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak
perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan
sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka
disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang
bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang
berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa
setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak
perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan
agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda
mendengar, kata orang tua? Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada
menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita
melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi
tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara
binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan
pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam
perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang
menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan
nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak
yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada
ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa
yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada
mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya
ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh
kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar tetapi
cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi
kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat
besar.
Sumber: http://monologseoranghamba.com/
~~~~
Tersenyum
sendiri apabila membaca entri asal ini. Memiliki ibu dan abah yang kedua-duanya
merupakan anak sulung menjadikan isu anak sebagai persoalan yang kerap
bertandang. Tambahan pula, penulis hanya mempunyai 2 orang adik beradik sahaja
– Kaklong & Adik. Kedua-duanya juga perempuan. Bila nak dapat anak lelaki?
Tak tambah anak lagi? Jawapan biasa:
“Tiada
rezeki.”
“Ibu
pernah gugur 3 kali.”
Abah
dengan ibu tak pernah berkira soal jumlah & soal jantina. Mereka tak kisah.
Yang penting, mereka nak zuriat ini menjadi pewaris para ulama’.
Abah
merupakan anak kelahiran Kedah. Orang kedah mempunyai istilah tertentu bagi
merujuk anak mengikut jantina mereka. Anak
lelaki disebut sebagai waris kepala lembu. Anak perempuan pula waris
kepala ayam. Berdasarkan pemahaman sendiri, lembu dengan ayam tu mempunyai
konotasi yang berbeza. Saiznya, kekuatannya, keuntungannya (lembu boleh
digunakan untuk korban & akikah, ayam tidak) dan macam-macam lagila.
Kenyataan ini memang biasa didengari tatkala balik ke kampung:
“Hang
tak mau pasang soghang lagi ka Li?”
“Takdak
waris kepala lembu la hang no?”
Such
questions don’t leave hard feeling to abah & ibu. Katanya, orang yang beriman tidak akan mudah
berasa sedih terhadap perkara yang bukan kehendak dan kuasa kita. Kita tak
boleh persoalkan berapa banyak kurniaan yang Allah berikan. Mana tahu kita akan
menzalimi diri kita sendiri jika Allah mengurniakan sesuatu yang banyak kepada
kita?
Senang
fikir. Jangan lihat orang yang lebih senang daripada kita. Lihatlah kepada
orang yang kurang bernasib baik berbanding kita. Jangan fikir soal lembu dan
ayam. Kalau itu perbandingannya, Rasulullah s.a.w., seorang rasul terakhir,
seorang kekasih Allah & seorang manusia yang ulung juga tidak mempunyai
waris kepala lembu bukan? Kesemua anak lelakinya - Abdullah, Qasim dan Ibrahim wafat semasa
kecil. Justeru, belajar bersyukur. Nescaya kita akan bahagia J
Betul..Rasulullah s.a.w. pun tiada pewaris lelaki sehingga Baginda dihina oleh kafir Quraisy..namun siapa sangka hikmah di sebalik apa yang Allah caturkan itu..anak perempuan Baginda merupakan antara figura yang hebat dalam memperjuangkan Islam sehebat golongan lelaki ketika itu..
ReplyDeleteBetul. hebatnya rahmat yang terselit di sebalik ujian yang Allah berikan kepada Rasulullah saw. terdapat banyak pengajaran! sayangnya jika kita tidak meneliti hikmat dalam nikmat serta keistimewaan dalam dugaan yang Allah berikan. tiba2 teringat suatu kisah - "hidayah itu hanya milik Allah", bergitulah Allah gambarkan dalam kisah sedih kewafatan Abi talib, bapa saudara baginda yang pergi dalam keadaan tidak beriman kepadaNya. kita boleh berusaha tapi segalanya milik Allah. wallahua'lam...
ReplyDelete