Abah
Dahulu jika ditanya apa
pekerjaannya, tidak tahu apa yang patut aku jawab. Kerana tidak cukup 2 atau 3
kolum untuk menerangkan pekerjaannya. Dia itu, kerjanya...
Penjual
pasembor (rojak utara)
Muazzin di
Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya
Penceramah
bebas di masjid, pejabat kerajaan hatta surau di mana-mana
Peniaga
barang-barang ibadah
Penggerak
& pendokong gerakan Islam
Pengamal
perubatan homeopati
Perawat
perubatan Islam (atas permintaan)
Bagaimanapun
kerjanya, tetaplah dia seorang pekerja yang lebih memberi dari menerima.
Memberi kepada isteri dan anak. Memberi kepada insan-insan yang menekuni rumah
Allah. Memberi kepada Islam. Memberi dan memberi. Masanya juga banyak diberi
walaupun bukan CEO kerjanya. Pulang lewat malam itu kerjanya.
Sepanjang
hayatku bersamanya, kerjanya yang satu inilah paling kukenali dan paling
kuingati. Pembawa risalah dan pejuang gerakan Islam. Yalah, menghuni di lokap
sekali-sekala. Digam kuliah agamanya 5-10 kali itu biasa. Dihinggap santau dan
sihir pemberian orang. Terpampang wajahnya di skrin TV sambil menahan sakit
pabila dibelasah sang penguasa. Kecoh rakanku di sekolah memberitahu ayahku
dibalun di hadapan TV. Sudah menjadi ‘asing’ itu kerjanya. Yang ‘asing’ pada
manusia itu kerjanya. Asing. Tidak popular. Dikata orang tidak dihiraukannya.
Tebal telinganya!
Tiada ayat
mudah untuk aku gambarkan dia. Pekerjaannya. Mata pencariannya.
Merayau
mindaku untuk menangkap ayat bagi mengisi kolum pekerjaan bapa dalam borang
SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) yang saban tahun aku bertarung untuk
mendapatkannya. Nah! BEKERJA SENDIRI itu jawapannya.
Borang itu
tak perlu aku khuatirkan lagi untuk kuiisi. Jawapan itu juga yang kuguna apa
jua bila jua mana jua. Aku memerlukan seminit dua untuk menerangkan jawapan terhadap
pekerjaannya secara lebih terperinci.
20.04
SELAMAT HARI
LAHIR ABAH. KAKLONG TIDAK AKAN MEMINTA ABAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA ABAH!
ABAHLAH HEROKU. ABAHLAH LELAKI YANG PALING AKU CINTAI SELEPAS RASULULLAH S.A.W.
SEMOGA SETIAP HELAAN NAFASMU DIIRINGI DENGAN KKEBAHAGIAAN, EBERKATAN,
KERAHMATAN DAN KEREDHAAN DARI ALLAH S.W.T.
Dikau bapa
terhebat!
Comments
Post a Comment