THE NEWS: The last speaker of Malay language dies
Hikari - 12/10/2011 |
Akan diketemukankah
artikel sebegini satu hari nanti?
Jika
ya, kita semua (penutur Melayu) sudah tidak ada pada waktu itu.
Jika
tidak, benarlah kata pahlawan Melayu Hang Tuah: “Takkan Melayu hilang di dunia”
(itu pun jika Melayu itu tidak hilang sifat Melayunya).
Niat
mahu menjadikan karya dengan gred G minus ini provokatif. Agar kita imbas dan
hitung perjalanan bangsa dan bahasa, sejauh mana survival dan keberdayaannya
untuk menongkah arus global dan dunia masa depan.
Generasi
kini pernah membuat keputusan untuk memberikan bahasa ini sifat ‘tempang’ dengan
membelasahnya melalui dasar kontroversi 'Pura-pura Sayang Melayu Itu' (PPSMI).
Yang menentang digelar pengkhianat manakala penggubalnya diberi pujian muluk.
Daulat
bangsaku, dirgahayu bahasaku.
Pencetus
ilham: Kematian penutur terakhir bahasa
purba Bo
Lihat:
National Geographic - Last Bo speaker dies,ending ancient Andaman culture
Global Voices
- India: Death of a Prehistoric Language
p/s:
dilukis dan ditulis dari sudut pandangan penulis.
Salam w.b.t.
ReplyDeleteMacam mana la agaknya kalau betul2 jadi macam dalam berita tu..sekarang nie pun, yg berbangsa melayu sendiri pun cakap dah x supo melayu dah pun..takut2 sebelum penutur bahasa tu meninggal, bahasa tu dulu yg pupus..huhu
Waalaikummussalam w.b.t.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen.Tidak mustahil terjadi bukan? =)
Menarik idea tu, adakah bahasa akan pupus sebelum atau sesudah bangsa pupus?
Masyarakat asal (orang asli) di Australia, penduduk asal rantau Amerika Selatan (Mexico, Venezuela dll) masih hidup dalam keadaan bahasanya pupus. Pupus bukan kerana pembersihan etnik tetapi pembunuhan bahasa (genosid bahasa). Terbaca dlm majalah.
Silapla lukis gambar penutur terakhir itu berkopiah. Kopiah pun popularkah akhir2 ini >_<? Bagaimanakah rupa Melayu terakhir itu? DAri keturunan mana dia datang? Pembawa risalahkah? Perosak akhlakkah? Pemimpin masa depankah?....