Tidak Semudah ABC, 123, ALIF BA TA Bahkan Juga DO RE MI!



“Aku tanggung dosa-dosa si fulan ini
dari ibu bapanya,
apa saja dosa yang dia buat,
aku tanggung
dan bukan lagi di bawah tanggungan ibubapanya
dan aku tanggung
dosa bakal anak-anak aku.

Akulah orang yang bertanggungjawab
dalam memberinya nafkah zahir dan batin,
memberinya ilmu dunia, akhirat
dan juga bertanggungjawab memegang tangannya
bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan.

Aku juga sedar,
sekiranya aku gagal dan aku melepaskan tangan
dalam menunaikan tanggungjawab,
maka aku fasik,
suami yang dayus
dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya
dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku.

Akad nikah ini bukan sahaja
terjanjian aku dengan si isteri dan si ibu dan bapa,
tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.

Kredit: Status Facebook temanku, Dayang Asilah

Gerunkah mendengar dan membaca kalimah keramat ini? Lafaz ini bagaikan berbadi dan berhantu! Bukannya mudah untuk membina satu ikatan sah yang melibatkan dua orang watak utama – suami dan isteri. Salah. Istilah ‘BUKAN MUDAH’ itu tidak tepat. Sewajarnya digantikan dengan istilah ‘SANGAT SUSAH’.

Susah sekali untuk membina masjid atau menyempurnakan separuh daripada agama. Sesusah dan sesukar bidalannya: MASJID dan SEPARUH AGAMA!!! Ia sangatlah berat dan memerlukan kesabaran dan kekuatan iman. Ia memerlukan komitmen juga pengorbanan, toleransi dan banyak lagi perencah lain untuk menyempurnakan ‘separuh agama’ itu. Dan ianya tidaklah cukup sekadar sempurna dari sudut interpretasi manusia bahkan perlu mencapai keredhaan daripada Allah s.w.t.

Menulis (tak kurang juga menyalin copy dan menampal paste) sebagai seorang gadis yang tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan gender lain dengan tali suci bernama PERKAHWINAN mungkin adalah senang. Sesenang dan semudah melafazkan ataupun melagukan ABC, 123, PLA dan juga Do Re Mi. Namun, kerja-kerja tulis, salin, tampal dan edit ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk berkongsi dan yang PENTINGNYA menasihati diri sendiri jua!

Ini buat santapan bagi mereka yang sanggar hatinya mahupun laman jiwanya belum disentuh dan diusik dengan panahan misteri bernama CINTA:

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Madah ini adalah untuk renungan Muslimah:

“Wanita yang meminang seorang lelaki yang soleh itu bukannya perempuan yang tidak tahu malu, tetapi mereka adalah wanita yang tahu apa yang mereka mahu.”

Tak kira senang tak hirau susah©
Itulah CINTA yang mahu dimadah©
Binalah cinta kerana ALLAH©
Moga akhirnya menggapai JANNAH©

~Wallahua’lam J~

Comments

Popular Posts