Syuhada 25 Januari

شهداء 25 يناير - حماده هلال
Hamada Helal – Syuhada 25 Januari




Sudah beberapa hari berlalu sejak genap setahun perjuangan Revolusi Mesir 2011. Siri protes massa ini dilakukan dalam skala yang besar bagi menumbangkan pemerintahan Hosni Mubarak. Revolusi ini barangkali tidak dianggap besar impaknya berbanding Revolusi Mesir 1952 mungkin kerana revolusi 1952 itu sendiri yang telah berjaya mengubah terus tsunami politik Mesir 360° daripada sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan kepada sebuah negara republik. Namun, revolusi ini tidak kurang juga hebatnya. Rakyat keluar beramai-ramai biarpun nyawa menjadi galang gantinya. Rakyat Mesir matang dan bijak melalui neraca dan pertimbangan akal untuk menentukan hala tuju negara mereka dengan menumbangkan pemimpin sekular Hosni Mubarak.

There’s no more to say, mereka sudah beralih ‘from bullet to ballot’. Pilihan raya sudah dilaksanakan, pemimpin baru sudah diputuskan. Di Malaysia, masih jauh liku yang harus dilalui. Tarbiah kita tidak sematang mereka yang diuji di sana. Kita juga tidak cukup pemberani berjiwa besar seperti anak muda di sana.

Sekuntum seroja buat pejuang
Tenggelam wanginya dek haruman syuhada
Biar di dunia dibuang tak didendang
Sebagai cagaran untuk mendakap syuga.

~Jangan sekadar menanti, usah hanya memerhati, ayu sertai. Ubah Malaysia!~

Comments

Popular Posts