K.I.R.A. vs K.I.R.A.N.A.



K.I.R.A.
sering lantang dari lunak
pabila lunak sangatlah merdu
sukar diam
mahu berkata
kerana dunianya menghimpit rasa
Tapi itu dia
bukan K.I.R.A.N.A.
yang lantangnya tidak bersuara
lunaknya juga tidak berbunyi
tenggelam dalam dunianya
yang ada tirani menggari pita
pita suara emasnya dikunci
disimpan dalam benak rasa
pergulatan dalaman diri
antara K.I.R.A. vs K.I.R.A.N.A.
mencipta aku dalam anganku yang sempurna

Comments

Popular Posts