Puisi Cinta ~ Aminah Qutb
Sekiranya kita cinta kepada
manusia
Tak semestinya manusia cinta
kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada
Allah
Nescaya cinta Allah tiada
penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada
manusia
Kita akan cemburu kepada orang
yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada
Allah
Kita akan turut mencintai orang
yang melabuhkan
Cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah, andainya dia ialah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka campakkanlah dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
Dan campakkanlah dalam hatinya
cinta kepadaku keranaMu.
Namun andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku
Berikanlahku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
Yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk
mencintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling padaMu
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah, jika aku rindu
Jagalah rinduku padanya agar tidak
lalai aku merindui syurgaMu
Ya Allah, jika aku menikmati cinta
kekasihMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
Bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu
Janganlah biarkan aku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
Menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui
kekasihmu
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi
Hanya kepada mati hanya sekali
Jadikannya pada jalan Allah.
Comments
Post a Comment