Cubaan Berjaya: Aiskrim Berperisa Yogurt Bluberi, Epal & Nata de Coco

Sabtu malam Ahad yang lalu, penulis dan sahabat, Zaharah membuat dan mencuba sesuatu yang baru. Tiba-tiba terasa mahu membuat sendiri manisan (asalnya nak buat puding roti, tiba-tiba teringin nak buat aiskrim sendiri).

Kami terus menggoogle dan mencari resipi aiskrim. Banyak resipi tertera dan kami terus pergi ke Carrefour Bandar Tun Hussein Onn selepas solat Isyak untuk mencari bahan utama: fresh cream & buah (as flavour). Walau bagaimanapun, fresh cream yang ditemui didapati meragukan – bukan buatan Malaysia dan tiada tanda halal. Tiba-tiba, teringat Mak Ngah yang pernah bercerita tentang aiskrim yang dibuatnya sendiri dan melaluinya, kami memperoleh resipi baru

Oleh sebab tidak mempunyai hand mixer, kami menyiapkan aiskrim ini menggunakan whisk biasa yang memerlukan tenaga tangan. Jika menggunakan hand mixer, of course lebih senang dan cepat

Bahan-bahan yang kami gunakan:

1 biji putih telur

5 sudu besar gula halus

1 sudu besar ovalette (cake stabilizer)

1 sudu besar esen vanila

2 NESTLÉ FAT FREE Blueberry, Apple & Nata De Coco Yogurt (as flavour)

1 tin susu cair


Ovalette


NESTLÉ FAT FREE Blueberry, Apple & Nata De Coco Yogurt


Cara menyediakannya:

Pukul putih telur dan gula halus sehingga betul-betul kembang.

Masukkan ovalette dan pukul sehingga sebati.

Masukkan esen vanila dan pukul sehingga sebati.

Masukkan perasa (in this case I used NESTLÉ FAT FREE Blueberry, Apple & Nata De Coco Yogurt) dan pukul sehingga sebati.

Masukkan susu cair dan pukul sehingga kembang dan kelihatan berkrim.

Simpan dalam freezer (jika mahu cepat beku, simpan dalam bekas yang lebih kecil).

Setelah beku, hidangkan dan sedia dimakan. Untuk lebih menarik, boleh dihidangkan bersama badam cincang dan chocolate rice mengikut kreativiti!


Kos keseluruhan bahan tidak melebihi RM10 (but the cost will be reduced if you prepare it next time since you don’t have to buy ovalette, vanile essence again) dan saiz hidangannya boleh melebihi lapan orang kerana aiskrim yang siap mampu memenuhi mangkuk sebesar ini (depend on your appetite).


P.S: Walaupun berperisa yogurt beri biru dan epal, warnanya krim kekuningan kesan ovalette yang berwarna jingga. Boleh guna pewarna jika mahu. Tapi, tanpa pewarna adalah lebih sihat!

Comments

  1. thanks kongsikan resipi..next time saya nk cuba buat.lagi sedap ni hand made ^^,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts