Hak & Kebebasan Beragama ATAU Hak & Kebebasan Menghina Agama
Pope desak Pakistan mansuhkan undang-undang penghinaan agama
Vatican City (Reuters) – Pope Benedict pada Isnin lalu mendesak Pakistan agar memansuhkan undang-undang anti penghinaan agama. Beliau juga meminta agar kerajaan-kerajaan di negara majoriti Islam meningkatkan pelindungan terhadap golongan minoriti Kristian daripada serangan pengganas.
Bercakap dalam pidato tahunannya di hadapan para diplomat, beliau menyatakan bahawa undang-undang Pakistan itu merupakan helah atau dalil semata-mata bagi membenarkan keganasan ke atas golongan minoriti agama ekoran daripada pembunuhan ahli politik veteran Pakistan yang menentang undang-undang tersebut.
Bukan satu kebiasaan bagi pope dalam pengucapan awamnya untuk memohon secara khusus kepada sesebuah negara untuk meminda sebahagian daripada undang-undangnya. Sebaliknya, pope menegaskan bahawa pemansuhan undang-undang Pakistan itu sebagai sesuatu yang wajar terhadap golongan minoriti agama.
Beliau merujuk kepada kes Salman Taseer, seorang gabenor Muslim di wilayah Punjab yang dibunuh lantaran keberaniannya mengeluarkan kenyataan liberal. Beliau ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri ekoran penentangannya terhadap undang-undang Pakistan yang menjatuhkan hukuman mati terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad.
Sebuah parti Islam yang berpengaruh menyatakan bahawa kenyataan paderi besar itu telah mencalar maruah Pakistan sekali gus mencampuri urusan dalaman negara mereka.
“Kenyataan pope hari ini bukan sahaja telah menyinggung perasaan 180 juta umat Islam di Pakistan malahan memburukkan lagi sentimen di seluruh dunia Islam,” kata Hafiz Hussain Ahmed, seorang pemimpin veteran Jamiat-e-Ulema-e-Islam (JUI).
“Ini merupakan campur tangan terhadap urusan dalaman Pakistan... Kami menghormati pope selaku ketua agama Kristian, tetapi beliau seharusnya mengelakkan diri daripada mencampuri hal ehwal agama Islam,” katanya lagi.
Undang-undang ini telah menjadi perhatian sejak November lalu apabila sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Asia Bibi, seorang ibu beragama Kristian kepada empat orang anak yang menimbulkan perselisihan agama yang besar di Pakistan.
Sementara itu, golongan liberal Pakistan dan pertubuhan hak asasi mengatakan bahawa undang-undang ini benar-benar mendiskriminasi golongan minoriti dalam negara tersebut. Kes Asia Bibi ini telah menimbulkan kontroversi dalam hak beragama di negara Islam tersebut.
Kebelakangan ini, JUI telah memimpin beberapa demonstrasi bagi mempertahankan undang-undang tersebut.
“Terdapat kemungkinan untuk berlakunya reaksi yang tidak dijangka di Pakistan sekiranya terdapat sebarang cubaan lagi untuk meminda atau menghapuskan undang-undang ini,” kata Hussain Ahmed.
Sumber: Pope urges Pakistan to repeal blasphemy law. The Star, 11 Januari 2011.
~~~~~~~~~~~~~
Teks di atas telah diterjemah oleh saya dan 3 orang rakan lagi dalam tutorial kursus Terjemahan Teks Media Massa. Artikel ini dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters dan mungkin ditulis oleh wartawan non-Muslim.
Ada 2 perkara yang boleh saya kongsikan. No 1. Wujud kontroversi yang agak terkini di Pakistan ekoran isu pertembungan agama (perkara ini secara tersurat dimaklumkan oleh akhbar ini sebagai wahana komunikasi). No 2. Umat Islam telah ditekan oleh orang bukan Islam malahan terdapat usaha untuk mengeruhkan keadaan di Pakistan secara khususnya dan di seluruh dunia
Islam secara amnya melalui kontroversi yang sengaja mereka (orang kafir) cetuskan.
Islam secara amnya melalui kontroversi yang sengaja mereka (orang kafir) cetuskan.
Entri ini banyak berkisar mengenai penilaian saya menurut perspektif saya terhadap isu ini. Secara jelas, Pope menuduh bahawa undang-undang bunuh terhadap mereka yang menghina Islam di Pakistan adalah tidak relevan kerana ia merupakan alasan semata-mata bagi menghalalkan keganasan terhadap golongan minoriti bukan Islam di negara majoriti Islam. Secara terangnya, umat Islam bukanlah golongan pertama yang memulakan 'keganasan' ini kerana secara terang dan bersuluh; umat Islam tidak kisahlah di tebing Barat (Palestin), di wilayah Balkan (Bosnia, Kosovo), di wilayah Kaukasian (Chechnya), Afrika (Sudan, Somalia), Asia Timur (Xinjiang, Xian), Asia Selatan (Kashmir), Asia Tengah (Afghanistan) dan Asia Tenggara (Ambon, Selatan Thai, Mindanao) sekadar menyebut beberapa contoh merupakan kawasan dan tempat di mana umat Islam dianiaya, dibunuh dan diperlakukan seperti haiwan layaknya!!! Masihkah umat Islam yang menanggung pertanggungjawaban terhadap isu ini?
Bukan itu sahaja, jika diperhatikan; siapakah yang memulakan kontroversi dan menghangatkan pergeseran agama ini? Jika tahu anda pasti akan mendapat bahana dengan menghina agama kami, dengan menghina Rasul kami (dengan karikatur yang menjelikkan); mengapa harus menyimbah minyak dan api ke dalam sekam? Jika anda tahu anda merupakan seorang warga di sebuah negara Islam dan tahu akan undang-undangnya, mengapakah anda melanggar undang-undang itu sedangkan anda tahu anda akan dihukum bunuh atas perbuatan biadab anda itu?
Cuba teliti, jika undang-undang ini dihapuskan; mereka akan bersorak gembira kerana tiada undang-undang lagi yang boleh menghalang mereka daripada menghina agama Islam. Ketahuilah bahawa Islam tidak mewujudkan paksaan dalm beragama tapi masihkah kelembutan Islam itu mahu dipijak-pijak, diinjak-injak? TERDAPAT GARIS PEMISAH ANTARA KEBEBASAN BERAGAMA DENGAN KEBEBASAN MENGHINA AGAMA... Lihatlah perjuangan dalam Perang Badar al-Kubra, Perang Uhud, Perang Ahzab dan banyak lagi. Semuanya dilakukan demi meletakkan agama Allah di tempat yang tertinggi!
P/S: Entri ini sebenarnya merupakan luahan penulis terhadap umat Islam sendiri yang lena dan buta daripada melihat pemerkosaan terhadap agama Allah ini. Masihkah kita boleh bertahan apabila Tuhan kita, Rasul kita, kalam pedoman hidup kita, saudara kita dihina, dianiaya? Serahkan kembali persoalan ini ke dalam diri kita sendiri... Wallahua'lam
satu fakta yang menarik dalam kes ini ialah, hukuman penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dikenakan ke atas Umat Islam, bukan ke atas orang bukan Islam. Kes yang berlaku di Pakistan sendiri melibatkan orang Islam (secara zahirnya Islam, of course), bukan masyarakat bukan Islam.
ReplyDeletePelik bila dikaitkan dengan masyarakat kristian sedang mereka sedikitpun tidak berkaitan..
Jelas dan terang, ini usaha untuk memberikan tekanan kepada Pakistan, negara yang Paling Kuat Di Dunia mengamalkan Islam selain Iran..
tulah... tapi Reuters melaporkan bahawa Asia Bibi ini adalah Kristian. Kisah tentang hukuman ke atas orang Islam itu benar seperti yg berlakuk ke atas Salman Rushdie, penulis The Satanic Verse (kes menghina Al-Quran).
ReplyDeleteMasih, sungguhpun begitu; golongan begini sepatutnya tahu mengenai padah yang akan mereka alami apabila menjolok sarang tebuan...
sarang tebuan yang mereka jolok kosong dari tebuan yang berbisa dan setia, hanya tinggal tebuan yang gemuk2 dan tidak mampu berbuat apa2 kerana kenyang dengan madu yang dibekalkan oleh orang yang menjolok...
ReplyDeletenauzubillahiminzalik... di luar negara, ketua agama lain menghina agama kita; di Malaysia, Chua Soi Lek tambah menghangatkan perdebatan agama. Memang sesungguh penyabar umat yang tak rasa apa-apa!? mungkin kenyang dan gemuk kerana disuap sang penjolok
ReplyDelete