Naik Harga Minyak & Rakyat Naik Minyak???



Warga kota rata-ratanya sibuk dengan isu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dan petrol RON 95 sebanyak 5 sen baru-baru ini. Aku yang tak terkecuali menjadi pemastautin dan penghuni kota memanglah merasakan kehangatan isu ini. Masih teringat akan kata seorang jemaah menteri, kami jamin bahawa harga RON 95 tidak akan naik sehingga penghujung tahun ini, ketika mengulas tentang kenaikan harga RON 97 pada 2 November lalu. Nampaknya, kerajaan kita sangat 'menepati' janjinya bila mana mereka sudah tidak sabar-sabar mahu menaikkan harga RON 95 pula. Hahahahahahaha... Ketawa sajalah aku mengenang 'kepintaran' barisan kepala yang mentadbir negara.

Dalam kepala otak yang bodoh ini, tertanya-tanya persoalan... Adakah kita (negara ini) yang menjadi pengeluar minyak juga harus merangkak-rangkak rakyatnya untuk membayar harga minyak yang mahal. Adakah layak bagi seorang petani sayur-sayuran membayar harga mahal untuk membeli sayuran tanamannya sendiri??? Sungguh tak masuk akal dalam kepala otak dangkal aku ini!!! Tapi tak masuk akal macam mana pun, warga Timur khususnya rakyat Malaysia memang sesungguh penyabar umat! Dekat 53 tahun merdeka dan dipimpin oleh kepala yang sama pun mereka boleh tak rasa apa-apa... Sabar ajelah...

~~~~~

Getusan di atas tidak pun penulis yakini boleh menyelesaikan apa-apa. Marah memang marah. Mungkin penulis bersikap pemarah kerana ada orang lain boleh bersabar. Mungkin penulis melatah kerana ada orang lain boleh relaks. Cakap punya cakap, tulis punya tulis; tak membazirkah air liur dan dakwat??? Tapi ada manusia yang sanggup berkorban air liur, membazirkan dakwat malah sanggup 'membazirkan' lebih daripada itu untuk menegakkan dan membela warga marhaen...

Majukah kita dengan sikap 'cool', tak kisah, tak peduli, relaks dna sabar apabila hak kita dipermain dan dipersendakan??? Majukah kita dengan kekayaan hasil bumi semata-mata??? Majukah kita dengan pencakar langit tak terbilang dan kekayaan material tak terhitung??? 'Advance'kah kita tanpa mentaliti yang terkehadapan??? Bagi hemat penulis, Wawasan 2020 hanya tinggal wawasan dan khayalan jika pemikiran kita tidak berubah sekarang...

Barack Obama yang memecahkan tradisi kepimpinan Amerika Syarikat sebagai Presiden termuda dari golongan kulit hitam pertama diangkat kerana rakyat meyakini bahawa beliau mampu memecahkan tradisi kepimpinan terdahulu dam mampu mengubah status quo. Kini, rakyat yang sama pernah mengundinya telah membuat demonstrasi menentangnya kerana Obama tidak berjaya menunaikan menifestonya dan gagal memulihkan isu ekonomi Amerika Syarikat. Adakah rakyat Malaysia berfikiran sebegitu??? Mungkin jawapannya memerlukan masa tapi adakah kita sanggup menunggu??? Adakah kita sanggup melihat semua harga barang dinaikkan lagi??? UNDI KITALAH BAHASA YANG PALING MEREKA MENGERTI...

Comments

Popular Posts