di batas taaruf

keakuan memejal di batas taaruf,

mulai terlebur dikit-dikit di medan ukhuwah…

apabila diberi kenal tentang ikatan manusia

yang menggalas jihad di pundaknya.

tambah erat di pertengahan

manisnya persaudaraan.

tambah dibumbui dengan rendang cinta Ilahi

kaulihat kau dalam aku

seperti mana aku melihat aku dalam kau

kita seolah satu

tercermin wadah yang dijulang

yang bobrok ditebas

yang sekular dicantas

buah iman mahu ditetas

dedaunan taqwa mahu ditegas

dalam pada lanjut bicara

gagasan dibawa

tanpa sedar

kecaknaan dan darjah kepedulian mencair di tebing waktu

melewati batas taaruf tak lama dahulu…


Kolej Pendeta Za'ba

UKM

23 September 2010

Comments

Popular Posts