Siri Membunuh Diri dalam kalangan Tentera Zionis

Petikan di bawah ini diperoleh dan dicapai dari laman sesawang PalestinKini ketika penulis meng'google'.

Maklumat ini agak lama dan outdated tetapi menarik untuk disimpan dan diketahui. Hal ini menggambarkan, masalah bunuh diri ini telah lama berlaku dan terus berlarutan:

Tel Aviv, Jumaat , 29/10/2007 – Akhbar Maariv berbahasa Ibrani di Tel Aviv telah mendedahkan statistik yang amat menggerunkan mengenai fenomena bunuh diri dalam kalangan anggota militari rejim Zionis.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan rejim Zionis Israel pada bulan Ogos 2007, bilangan tentera mereka yang membunuh diri adalah melebihi jumlah tentera yang terkorban sewaktu pertempuran dengan rakyat Palestin. Laporan tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga tentera rejim tersebut.

Pada awal tahun 2007 sahaja, kes bunuh diri dalam kalangan tentera rejim Zionis dicatatkan dalam rekod sebagai faktor utama kematian tentera Zionis berbanding kematian akibat pertempuran dengan rakyat atau pejuang Palestin. Pada tahun 2006, bilangan tentera yang membunuh diri adalah sebanyak 43 orang, berbanding dengan jumlah 30 orang yang terkorban sewaktu pertempuran! Jumlah ini mencatat kenaikan sebanyak 30% berbanding tahun 2002.

Menurut laporan tersebut, antara faktor mereka memilih jalan untuk membunuh diri adalah akibat tekanan perasaan dan juga rasa takut untuk berhadapan dengan serangan oleh pejuang berani mati rakyat Palestin yang tidak dapat diduga atau diramal bila akan berlaku. Selain itu, faktor latihan-latihan yang sangat lasak dan juga keengganan mereka untuk melaksanakan tugas membunuh rakyat awam Palestin juga dikatakan sebagai antara punca kepada tindakan membunuh diri tersebut.

Pihak yang cuba menekan sekarang sudah tertekan.

Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Bunuh Diri - Gejala berleluasa di kalangan tentera rejim Zionis", PalestinKini.

Maklumat di bawah ini pula agak latest dan juga diperoleh dari PalestinKini:


Jumaat, 09/07/2010 – Statistik bunuh diri dalam kalangan tentera Israel baru-baru ini menyaksikan peningkatan mendadak tahun ini.

Majalah terkenal Israel, Yediot Ahronot mendedahkan bahawa jumlah tentera Israel yang membunuh diri telah meningkat hingga ke tahap yang tidak disangka. Sementara itu, pasukan tentera Israel sedang berusaha melaksanakan strategi baru untuk menghadapi masalah yang membimbangkan ini.

Majalah itu menambah bahawa 19 orang telah membunuh diri pada separuh pertama tahun ini , 21 orang pada tahun 2009 dan 30 orang pada dekad lepas. Jumlah tersebut mencapai 35 orang pada tahun 2005. Tahun 2006 dan 2007 menyaksikan penurunan statistik bunuh diri apabila jumlah yang membunuh diri tidak melebihi 24 orang.

Lantaran angka yang membimbangkan ini, tentera rejim Zionis menyiapkan rangkaian program bagi membolehkan para tentera yang menderita gangguan psikologi ini berhadapan dengan situasi yang tidak stabil.

Yediot Ahronot juga melaporkan bahawa pihak tentera telah mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ahli dan pegawainya yang dibenarkan untuk membawa pulang senjata ke rumah. Sementara itu, sumber tentera berkata bahawa penyiasatan intensif yang dilakukan menunjukkan bahawa insiden membunuh diri tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan tentera mereka dan dalam masa yang sama mengatakan bahawa angka ini mungkin tidak akan berhenti pada tahap ini.

Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Angka Bunuh Diri Tentera Israel Meningkat", PalestinKini.

Itulah bahana yang menimpa si zalim yang akhirnya menzalimi diri sendiri apabila sudah terlalu tertekan!

Comments

Popular Posts