"Bahagienye Dapat Pakwe Macam Die..."

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other

Di suatu hari yang giler forever
depan Yang Maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain
tengok
jugak...
Tapi takut nanti terbakar dek
api neraka

Di suatu hari yang giler forever...

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekung...
Supaya masa dia jumpa dengan Kekasih dia
Yang Utama...
Dia lagi cantik dan berseri mengahadapNya...
Saya pun tumpang dapat pahala
Pergh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya...
Tak tido, tak makan... rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama...
Dia tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi dia Al-Quran untuk
penenang
jiwa...
Semoga lebih cintakanNya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya...
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau...
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla
bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn
Asar Maghrib gitu

Dia tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya...

Kesimpulannyee...

Saya memang sayang dia...
Nak jumpe dia giler forever
Yang forever punya forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak
lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri
Ya Allah ampunkanlah kami...
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

Teks bak sajak di atas boleh penulis sifatkan sebagai satu teks kreatif yang menggunakan bahasa basahan dengan sedikit percampuran kod bahasa Inggeris. Sebenarnya, penulis telah menjumpai 'sajak' dalam sebuah helaian kertas di bilik penulis yang diedarkan dari bilik ke bilik oleh Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai yang berkisar tentang Hari Kekasih atau Valentine's Day.

Dalam 'sajak' ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang kekasih kepada seorang wanita berperi tentang betapa cinta dan kasihnya dia kepada wanita tersebut. Dalam pada keasyikan cintanya itu, timbul juga keinsafan dalam dirinya yang menyedari bahawa cintanya mengundang dosa apabila diri menjadi lalai terhadapNya. Semoga kita semua mengambil iktibar daripadanya dan memuhasabah diri!

Ingatlah, cinta itu anugerah Allah.
Janganlah kita menodai dan mencemarinya!
Peliharalah ia sebaik-baiknya...
Labuhkanlah cinta insani di persada cinta Ilahi...
Lalu menjadikan dirimu halal baginya
dengan membina Baitul Muslim - pengikat cinta di gerbang redhaNya
Lantas sempurnalah separuh dari agamamu

P/S: Lakaran kata yang tertulis di atas adalah interpretasi penulis sendiri terhadap 'sajak' tersebut. Tafsiran dan perspektif ini mungkin berbeza dengan khalayak lain. Wallahu'alam.

Comments

  1. Nasib baik sy xde awek..
    Tak payah pening2..haha

    ReplyDelete
  2. ya... nasib baik. tapi tggjwb lelaki ni byk... sbg abang, sebagai suami mungkin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts