Harga


Mereka membayar sebuah kebebasan,
Sebuah cinta ulung kepada agama,

Sebuah kasih kepada bangsa,
Sebuah rasa sayang kepada nusa pertiwi,
Dengan harga yang sangat mahal

Yang sebahagian daripada kita tidak sanggup membayarnya.

Mereka membayarnya

Dengan harta, dengan keringat.

Dengan air mata, dengan darah

Dengan jiwa jua raga…


Saudara di kejauhan melihat

Meratap simpati atas sebuah duka

Dengan harga…

Kemurahan hati

Murahnya menitiskan air mata tanda kasih

Murahnya memanjatkan doa kepadaNya moga saudara di sana dipelihara,

Murahnya mengerah tubuh bangun untuk solat hajat kepada yang Esa mohon dibela nasib mereka,

Murahnya menghulur wang saku untuk menderma saudara yang dianiaya,

Dengan kemurahan hati yang tegar memboikot.


Malangnya, ada juga saudaraku

Membayar nikmat yang Tuhan beri

Dengan murahnya tawa hilai maksiat

Dengan murahnya perbuatan judi, arak dan zina,
Dengan murahnya dusta dan mungkar
Sedang Dia tidak minta dibayar kerana semuanya pinjaman belaka - harta, kuasa, pangkat, pengaruh!


Malah Dia membeli!

Membeli diri dan harta orang Mukmin, lalu memberikan mereka syurgaNya!

Bisakah hanya memerhati? Bisakah hanya menanti?

Zaman si zalim tumbang dari kerusi empuk takhtanya?

Era sang dikator jatuh dengan kuku besinya?

Kala penguasa tirani digulingkan dari kedudukannya?

Tak mahukah kau mnyertai epik agung pertarungan hak & batil???

Epik perjuangan yang tak luput dek zaman

Satria, perwira serta srikandi datang dan pergi

Mewarnai perjalanan epik agung zaman-berzaman

Buangkanlah pakain kehinaan, sarungkanlah jubah perjuangan!

Takbir!!!


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar".
[At-Taubah: Ayat 111]

26 Mei 2010, 12:29 a.m.

Comments

  1. terima kasih... baru nak bertatih-tatih menulis. mengikuti jejak zigaki asrar! penulisan menjadi medium meluahkan rasa yg tersimpan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts