Dedikasi kepada Anak Muda Pencinta Keamanan II
~Tom Hurndall~
Thomas Hurndall (27 November 1981 - 12 Januari 2004) merupakan seorang pelajar fotografi yang berasal dari Manchester, England. Hurndall juga menjadi sukarelawan International Solidarity Movement (ISM) dan seorang aktivis yang menentang pendudukan Israel di wilayah Palestin. Pada 11 April 2003, beliau telah ditembak di kepala oleh penembak Israel Defense Forces (IDF), Taysir Hayb. Hurndall koma selama sembilan bulan dan meninggal dunia pada usia 22 tahun.
Tom yang berumur 21 tahun pada waktu itu mengambil cuti bekerja daripada pengajian ijazahnya dalam bidang fotografi kewartawanan untuk menyertai 'human shields' di Iraq sebelum berlakunya peperangan Iraq pada tahun 2003. Apabila pasukan sukarelawan kehabisan dana kewangan dan perang di Iraq tidak dapat dielakkan lagi, beliau pergi ke Jordan dan menyumbang £500 untuk bekalan perubatan bagi pelarian dari Iraq. Di Jordanlah beliau menyertai International Solidarity Movement (ISM) dan membuat keputusan untuk pergi ke bumi Gaza. Tom tiba di bandar Rafah pada 6 April 2001 dan mula menghantar emel foto-foto Israel Defense Forces (IDF) dan Palestin kepada keluarganya.

"What do I want from this life? What makes you happy is not enough. All the things that satisfy our instincts only satisfy the animal in us. I want to be proud of myself. I want more. I want to look up to myself and when I die, I want to smile because of the things I have done, not cry for the things I haven't done".—Tom Hurndall
Seorang aktivis keamanan British menjerit meminta pertolongan sambil memegang kepala Tom yang cedera akibat tembakan oleh tentera Israel.
Tom beberapa minit sebelum ditembak
Beberapa warga palestin yang menngangkat Tom untuk diselamatkan
Tom bersama kanak-kanak Palestin bermain bola di kem pelarian
Kanak-kanak Palestin yang menghadiri hari peringatan sempena kematian Hurndall
Sumber: Wikipedia
Comments
Post a Comment