Dedikasi kepada Anak Muda Pencinta Keamanan I
Dunia menangis meratapi kerakusan manusia yang tegar membunuh insan tidak berdosa. Masih, kezaliman ini berterusan dan berlarutan. Insan pencinta keadilan yang enggan hanya memerhati terus mengerahkan keringat lalu terkorban dan mewarnai perjalanan getir lagi panjang bagi menyuburkan sebuah kehidupan dan meneruskan kelestarian hayat di celah-celah peperangan. Bumi yang tidak pernah usai menadah badai durjana tangan syaitan bertopeng manusia lantas melahirkan ribuan mujahid dan syuhada' yang dimaksudkan ialah Palestin.
~Rachel Corrie~
Rachel Aliene Corrie (10 April 1979 - 16 Mac 2003) merupakan seorang warga Amerika yang menyertai International Solidarity Movement (ISM). Beliau maut pada usia 23 tahun setelah dirempuh dengan sebuah jengkaut militari jenis Caterpillar D9R Armored milik Israel Defense Forces (IDF) seberat 50 tan di Tebing Gaza apabila beliau beliau berdiri di hadapan sebuah rumah rakyat Palestin lalu membuat perisai manusia (human shield) bagi menghalang rumah tersebut daripada dimusnahkan Zionis.
Rachel Corrie lahir pada 10 April 1970 dan dibesarkan di Olympia, Washington, Amerika Syarikat. Setelah tamat belajar di Capital High School, Corrie menuntut di The Evergreen State College (TESC) di Olympia dan mengambil beberapa kursus sastera dan seni. Beliau menangguhkan pengajiannya selama satu tahun untuk menjadi sukarelawan di Washington State Conservation Corps. Antara kerja sukarelawannya yang lain termasuklah melawat pesakit yang mempunyai masalah mental setiap minggu selama 3 tahun. Pada tahun akhir pengajiannya, beliau membuat program independent-study yang mana beliau akan ke Gaza, menyertai protester dari ISM dan melancarkan projek 'sister city' antara Olympia dengan Rafah. Rachel Corrie berlepas ke Gaza semasa Intifadha kedua dilancarkan.

Rakan Rachel yang juga aktivis keamanan mengucupnya. Ada antara mereka bertiga ini yang baru berusia 18 tahun.
Bulldozer Caterpillar D9R seberat 3 tan dengan perisai (armored) milik IDF
Semasa di Gaza, Rachel mengambil bahagian dalam sebuah demonstrasi anti-perang dan membantah serangan terhadap Iraq. Pada waktu itu, foto beliau diambil ketika Rachel sedang membakar sebuah bendera Amerika Syarikat yang dilukis oleh kanak-kanak Palestin. Tindakannya ini telah dikecam hebat sebagai menghina tanah airnya sendiri.
Kanak-kanak Palestin membawa keranda yang dilitupi bendera Amerika sebagai simbolik kepada aktivis Rachel Corrie semasa memorial aktivis tersebut di kem pelarian Rafah sehari selepas kematiannya.
Walau bagaimanapun, kedua ibu bapanya menjelaskan tentang kedudukan ini setelah pemergiannya:
"Perbuatan ini (membakar bendera Amerika) mungkin tidak disetujui oleh kami, tetapi tindakannya ini mestilah diletakkan dalam konteks. Rachel pada waktu itu menyertai demonstrasi di Gaza bagi membantah serangan terhadap Iraq. Beliau bersama-sama dengan kanak-kanak Palestin melukis dua bendera, iaitu satu bendera Amerika dan satu bendera Israel untuk dibakar. Rachel berkata bahawa dalam keadaan ini, protes ini adalah untuk mengecam tindakan perang dan dasar luar kerajaan negaranya (Amerika Syarikat) yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan dan penderitaan yang sangat dahsyat di Gaza yang mana telah disaksikannya sendiri. Oleh itu, dia merasakan bahawa ia adalah 'OK' untuk membakar lukisan bendera Amerika. Kami sendiri pernah melihat foto memorial terhadap pemergian Rachel di Gaza yang mana kanak-kanak dan orang dewasa Palestin sendiri memberikan penghormatan kepada anak kami dengan membawa keranda yang dilitupi dengan bendera Amerika. Kami diberitahu bahawa bendera Amerika tidaklah diperlakukan secara kurang ajar di Gaza dalam tahun terdekat setelah kematian Rachel. Kami percaya bahawa Rachel telah membawa wajah baru Amerika kepada warga Palestin, iaitu sebuah wajah yang mengasihani mereka. Inilah gambar Rachel bersama bendera Amerika yang kami harap akan kami paling kami ingati!"
Palestine Solidarity Committe dan penggerak teater di Seattle, Amerika Syarikat mempamerkan foto Rachel sempena ulang tahun ketiga kematiannya.
"Perbuatan ini (membakar bendera Amerika) mungkin tidak disetujui oleh kami, tetapi tindakannya ini mestilah diletakkan dalam konteks. Rachel pada waktu itu menyertai demonstrasi di Gaza bagi membantah serangan terhadap Iraq. Beliau bersama-sama dengan kanak-kanak Palestin melukis dua bendera, iaitu satu bendera Amerika dan satu bendera Israel untuk dibakar. Rachel berkata bahawa dalam keadaan ini, protes ini adalah untuk mengecam tindakan perang dan dasar luar kerajaan negaranya (Amerika Syarikat) yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan dan penderitaan yang sangat dahsyat di Gaza yang mana telah disaksikannya sendiri. Oleh itu, dia merasakan bahawa ia adalah 'OK' untuk membakar lukisan bendera Amerika. Kami sendiri pernah melihat foto memorial terhadap pemergian Rachel di Gaza yang mana kanak-kanak dan orang dewasa Palestin sendiri memberikan penghormatan kepada anak kami dengan membawa keranda yang dilitupi dengan bendera Amerika. Kami diberitahu bahawa bendera Amerika tidaklah diperlakukan secara kurang ajar di Gaza dalam tahun terdekat setelah kematian Rachel. Kami percaya bahawa Rachel telah membawa wajah baru Amerika kepada warga Palestin, iaitu sebuah wajah yang mengasihani mereka. Inilah gambar Rachel bersama bendera Amerika yang kami harap akan kami paling kami ingati!"
Nama beliau telah diabadikan dalam sebuah kapal utama dalam armada yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Inilah kisah anak muda dari Amerika Syarikat yang mempunyai keazaman untuk membantu rakyat Palestin yang dianaiya hingga mengorbankan dirinya sendiri. Kita sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim sewajarnya membela dan membantu saudara seagama kita di sana secara berterusan dan istiqamah baik dalam apa jua cara. Marilah mengambil contoh ini sebagai ibrah agar kita lebih bersemangat untuk terus berjuang. VIVA PALESTIN!!!
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Comments
Post a Comment