Aku Bukan Sumayyahmu

Suamiku, bunga semalam telah layu
Gugur daripada jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar menjadi mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya... bukan aku
Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum
Ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Ketika ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

Pahrol Mohamad Juoi
Solusi, Isu 18.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Penulis sangat tertarik dengan sajak ini. Isinya yang penuh bermakna pasti membangkitkan rasa terharu pembaca yang memahami erti hidup dalam perjuangan.

Lagi, penulis terpempan... sajak ini merupakan swakarya seorang penulis kaum adam yang terkenal tetapi persona dalam sajak ini adalah seorang hawa. Menerobos ruang ilham hingga mencerna inspirasi naluri seorang isteri kepada pejuang!

Moga kita semua berjaya mengerahkan kekuatan diri untuk menjadi muslimah jua mujahidah yang tegar menghadapi ujian massa macapada ini!

Comments

  1. waaa...karya yang penuh'wow...wow..!!"

    hehe..i likeee...;-)

    ReplyDelete
  2. hihi... memang "wow" kan!
    very glad u like it!! ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts