Jan 20, 2010

Layar Sebuah Harapan


Gendang sedang dipalu,
irama sedang didendangkan,

masing-masing mengambil tempat tidak kurang aku.

Aku bukan watak utama tetapi

ada tanggungjawab yang disandarkan untuk dilaksanakan.

Pengarah memberikan arahan, pelakon tunduk kepatuhan.

Bergerak dalam peranan berbeza namun demi satu cita -

Mewujudkan layar harapan bagi membangun anak muda

yang bakal memimpin di persada sebuah menara.

Gegak gempita terdengar sorakan mereka,

suara telah diputuskan.

Pemimpin baru muncul.

Kulihat kejauhan kegembiraan.

Masih berdiri, tatkala memikirkan

jika kudratku diperlukan

dalam citra anak muda dalam latar desa ilmu ini

demi merealisasi sebuah harapan yang tidak pernah pudar lagi padam.

0 idéa:

Post a Comment