Sejarah Royalti Minyak Petronas di Terengganu



Royalti minyak di Malaysia merujuk kepada royalti yang diterima oleh kerajaan negeri dari syarikat minyak Petronas dan kerajaan persekutuan.
Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kerajaan PAS telah menyaman Petroleum Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Persekutuan Malaysia di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2001 kerana didakwa gagal membayar royalti minyak.
Peguam Cecil Abraham, yang mewakili Petronas, berhujah bahawa ini adalah kes yang sesuai bagi mahkamah untuk menentukan isu perundangan tertentu, yang dibangkitkan dalam kenyataan tuntutan kerajaan negeri Terengganu.

1999
Perubahan dasar kerajaan berlaku apabila PAS berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999. Royalti minyak 5% telah digantikan dengan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) atau lebih dikenali sebagai Wang Ehsan mulai 5 September 2000. Hal ini menimbulkan kemusykilan dan kemarahan rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Terengganu khususnya apabila Kerajaan Persekutuan melaksanakan perubahan dasar berkenaan royalti minyak kerana perubahan ini hanya dilakukan selepas kerajaan Terengganu beralih tangan kepada PAS pada PRU ke-10 yang mana seolah-olah Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Barisan Nasional mengamalkan double standard. Apabila kerajaan Terengganu pasca PRU ke-11 dikuasai oleh BN semula, Menteri Besar Terengganu pada waktu itu, iaitu Datuk Idris Jusoh tidak membangkitkan isu royalti minyak.

2008
Pada 20 April 2008, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang menggantikan Datuk Idris Jusoh selepas PRU ke-12 meminta Kerajaan Persekutuan Malaysia menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu. Kementerian Kewangan menyalurkan Wang Ehsan terus kepada kementerian berkaitan tanpa pengetahuan kerajaan negeri Terengganu. Terlalu banyak pihak yang menguruskan royalti minyak kerana ia Wang Ehsan yang tidak memenuhi kehendak rakyat Terengganu sendiri. Rakyat Terengganu hendaklah didahulukan ketika pelaksanaan royalti minyak.
Hasil dari perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 22 Mac 1975 (payment under section 4, Petroleum Development Act, 1974), kerajaan negeri Terengganu telah menerima bayaran royalti selama 22 setengah tahun berjumlah RM7.2 bilion sehingga ia diberhentikan pada September 2000 sehingga 2008.
Pada 30 April 2008, Dewan Rakyat menolak usul Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) agar membahaskan isu royalti minyak ini. Pada 7 Mei 2008 pula, Dewan Undangan Negeri Terengganu menolak usul oleh Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) berhubung dengan royalti petroleum ini. Hal ini menggambarkan bahawa secara ketara dan jelasnya, kerajaan BN tidak mengamalkan keterbukaan terhadap pembangkang walaupun dalam membincangkan isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat sendiri!

Janji Pakatan Rakyat
Pada April 2008, dalam satu ucapan di Kampung Baru, Kuala Lumpur; Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa, royalti minyak kepada negeri-negeri tersebut akan dinaikkan kepada 15%. Janji ini dibuat agar ahli parlimen Barisan Nasional dari Malaysia Timur dapat menerima Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama dapat membangunkan Sabah dan Sarawak kerana kerajaan BN sebelum ini gagal dalam membangunkan kedua-dua negeri tersebut. Tuntutan 20 Perkara Sabah turut menyentuh royalti minyak kepada negeri tersebut.

Misteri Kehilangan Royalti Minyak
Pada 22 Mei 2008, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. Mohd Fauzi Abu Samah selaku ketua MAMPAT mempersoalkan 'kehilangan' RM3 bilion royalti Terengganu. Jika royalti tersebut digunakan untuk membina Menara Petronas, Litar Sepang, Putrajaya dan lain-lain, maka rakyat Terengganu perlu dimaklumkan dan mendapat faedah langsungnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa negeri Terengganu menerima RM7.3 bilion daripada Petronas. Tetapi Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menjelaskan bahawa Terengganu hanya menerima RM4.3 bilion sahaja selama tiga tahun bermula 2004 - 2008. Kerajaan negeri Terengganu hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun.
Pada April 2008, Ahmad Said menggesa wang royalti 5 peratus diserahkan kembali kepada Terengganu daripada kerajaan persekutuan. Sejak PAS memerintah Terengganu pada 1999, wang ini ditadbir oleh kerajaan pusat mulai 2000 dengan nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut Wang Ehsan.

2009
Pada 15 April 2009, Menteri Besar Datuk Ahmad Said dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu memnbangkitkan isu royalti minyak Terengganu. Terengganu telah menerima wang royalti minyak sebanyak RM650 juta daripada RM1.4 bilion yang dituntut daripada kerajaan Persekutuan antara November 2008 - April 2009.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu untuk melaksanakan projek perumahan di seluruh negara dan daripada jumlah itu hanya RM102 juta dibelanjakan untuk projek itu di Terengganu. SPNB masih berhutang sebanyak RM771 juta dengan kerajaan negeri Terengganu manakala tuntutan untuk wang royalti yang dijadikan dana khas untuk negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta. Terengganu juga menuntut menuntut wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang digunakan oleh kementerian-kementerian lain. Royalti itu akan digunakan untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur.

Rujukan: Wikipedia

Comments

Popular Posts