Oct 4, 2009

Kembali...

Entah berapa lama menyepi dari menghantar post, dan entah atas motivasi dan pemangkin apa; aku menulis hari ini. Lakaran yang tersimpan masih belum dapat dijelmakan atas halangan tertentu. Temponya tidak konsisten dengan wujudnya jeda yang tidak dapat dihalang. Semoga semangatku yang tiba-tiba menjelma hari ini dapat mengiringi semangat:

~ Ayahandaku dan sahabat-sahabat yang sedang berjuang di selatan tanah air demi kemenangan Islam.

~ Petugas dan penyelamat yang sedang berusaha menyelamat, mencari dan membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.

~ Mangsa-mangsa bencana alam seperti tragedi gempa bumi di Padang dan taufan Parma di Luzon. Semoga tabah meneruskan kehidupan!

~ Perjuangan sahabat-sahabat yang sedang bertungkus lumus meyiapkan assignment yang bertimbun-timbun

~ Pejuang-pejuang yang akan ke medan peperiksaan tak lama lagi. Semoga kejayaan milik kita bersama.

0 idéa:

Post a Comment