Tolong Sampaikan Kepadanya...


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia akan membuatkannya alpa...
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih daripada cintanya kepada Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih daripada ingatannya kepada Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih daripada doanya kepada ibu bapa...
Tolong katakan pada si dia, dahulukanlah Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukanlah ibu bapa kerana di telapak itu syurganya...
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya...
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya...
Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan pada si dia, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan pada si dia, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri;
Hanya engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku sampai kepadanya walaupun aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia...

Kepada semua sahabatku, apakah erti sebenar kehidupan kita di dunia ini???

Comments

  1. erti sebenar hidup ini?
    http://zigaki.blogspot.com/2009/05/erti-sebuah-kehidupan.html

    bkn nk promote, tpi tulah jwpnku pdmu. hehe...

    ReplyDelete
  2. kan kubiarkan jawapan mung menjadi jawapan kepada insan lain. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts