Selembar Bulu Mata
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi dia berkeras membantah. "Tidak! Demi langit dan bumi ianya sungguh tidak benar. Aku tidak melakukan semua itu".
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya, hamba Allah itu pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu". "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat berbicara, "Aku yang memandangi". Disusuli pula oleh telinga, "Aku yang mendengarkan". Hidung pun tidak ketinggalan, "Aku yang mencium". Bibir mengaku, "Aku yang merayu". Lidah menambah, "Aku yang menghisap". Tangan meneruskan, "Aku yang meraba dan meramas". Kaki menyusul, "Aku yang dipakai lari ketika ketahuan". "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.
Hamba Allah itu tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Dia putus asa dan amat berdukacita, sebab sebentar lagi dia bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya dia telah terbebas daripada tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut. Rupa-rupanya, suara halus itu datang daripada selembar bulu matanya yang berkata, "Aku pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi". "Silakan," kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya; pada suatu tengah malam yang lengang dan sunyi, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba itu bertaubat; walaupun selembar bulu matanya sahaja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya daripada ancaman api neraka".
"Maka aku, sebagai selembar bulu matanya; berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahiku dengan air mata penyesalan". Dengan kesaksian bulu mata itu, hamba Allah tersebut dibebaskan daripada neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergema kepada para penghuni syurga: "Lihatlah! Hamba Tuhanmu ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata".
Sumber: Mingguan Wasilah, Bil. 107

Comments
Post a Comment