Fenomena 'Wristband'


Firman Allah s.w.t dalam ayat 120 Surah al-Baqarah yang bermaksud:
Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan rela kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong daripada Allah s.w.t.

Firman Allah seperti dalam ayat di atas membuktikan bahawa kedua-dua golongan tersebut, iaitu Yahudi dan Nasrani (Kristian) akan melakukan pelbagai cara dan pendekatan agar seluruh umat manusia menyimpang jauh daripada kebenaran agama Islam khususnya umat Islam sendiri.

Kebelakangan ini, kita melihat ramai dalam kalangan anak remaja khususnya memakai gelang getah atau 'wristband' di pergelangan tangan mereka dalam pelbagai warna; merah, biru, kuning, hijau, hitam, putih dan yang terbaru ialah saranan memakai 'wristband' berwarna jingga.

Apa yang ada di sebalik warna serta mengapa 'wristband' menjadi pilihan sering menjadi tanda tanya oleh kita semua. Justeru, disebabkan penularan 'wristband' semakin berleluasa, maka sebuah pihak membuat kajian serta analisis dalam internet.

Melalui laman sesawang ensiklopedia http://www.wikipedia.com dan http://all-kinds-of-wristbands.com mengatakan bahawa 'wristband' ini dipakai bagi menyokong sesuatu kempen anjuran pihak tertentu mengikut kod warna yang tersendiri. Ia juga bagi menyatakan bahawa si pemakai 'wristband' tersebut adalah pengikut bagi mana-mana kumpulan atau organisasi.

Dalam Islam, telah jelas bahawa pemakaian gelang dalam bentuk apa jua sekalipun adalah HARAM kerana perbuatan tersebut bertasyabbuh atau menyerupai wanita. Dan penemuan yang didapati tentang 'wristband' adalah amat mengejutkan kerana hampir kesemua maksud warna 'wristband' adalah bertentangan dengan Islam malahan ada antaranya yang memusuhi Islam itu sendiri!

Amat licik dakyah para musuh Islam yang cuba menghancurkan penganut agama Islam itu sendiri. Justeru, kita semua mestilah berwaspada agar tidak terperangkap dalam jerangkap samar mereka. Jauhilah keluarga serta masyarakat daripada fenomena baru ini yang akhirnya akan berkesudahan dengan kejatuhan Islam itu sendiri.

Berikut ialah maksud yang terselindung di sebalik warna 'wristband':
  • Putih - Meyokong zina dan pengguguran anak.
  • Merah - Beragama Kristian serta menyokong McDonalds menyumbang kepada Amerika untuk kegunaan tentera Israel.
  • Jingga - Mendoakan missionari atau mubaligh Kristian
  • Kuning - Memperingati Pope John Paul II.
  • Hijau - Menyokong ketenteraan Amerika.
  • Pelangi - Kebanggaan menjadi 'gay' dan 'lesbian' dan menyokong perkahwinan sejenis.
  • Merah Putih - Kebebasan bersuara (menyokong penghinaan Nabi Muhammad s.a.w.).
  • Biru Putih - Menyokong tindakan Israel mencerobohi Palestin.
Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Fikrah Harakah, Bil. 1435. (Sumber asal: http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=15&thread_id=5551)

Comments

  1. sgt informatif...br akak tahu warna2 tu ad mksd tertntu..yg tahu b4 ninye, wristband@apa2 shj gelang haram..xkshlh gelang tanda nk msk operation kt hospital ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts