Temu Janji Bersama Esok

objektif.
stereotaip.
pemikiran dalam kotak.
duduk dalam tempurung.
status quo.
zon selesa.
default.
statik.

mari kita salin pakaian koyak bertampal yang lusuh itu
mari kita tukar wajah suram muram yang mendung itu
mari kita rawat otak sakit pening yang menghidap barah itu
mari kita buang nanah kurap yang melata di tubuh itu
mari hirup nikmat nafas baru itu

kerana esok sudah tidak sabar menanti kita
bersama-sama dengan
ruh yang baru
jasad yang baru
jiwa yang baru
minda yang baru
pancaindera yang baru

mari bersama-sama ke hadapan
seiring sejalan
sederap selangkah
senada seirama
seia sekata
sehati sejiwa

dengan terlerainya rantai yang membelenggu jiwa
dengan mereputnya imperialis yang menjajah minda
dengan tercabutnya kuku besi yang mencengkam raga
demi hari indah yang bernama esok

Cheras
1 Februari 2011
11.47 a.m.

Comments

Popular Posts