Saya yang Lemah Mahu Mencari Semangat yang Hilang


posted by Nurul Jawahir Md Ali on

No comments


Aww, it's very difficult to initiate this research. Very difficult to find the gist in the research - what I want, how I want, why I want to focus on 'this' aspect instead of 'that'. Turn taking? Discourse? Language choice?
itu suara benar dalam benak


~~~~~~

Saya bukanlah ulat buku dan bukan juga penekun wacana-wacana ilmiah yang baik. Rasa berat dan sukar untuk dapatkan rentak untuk terus meneliti dan mengulas dan menganalisis bahan-bahan dalam bahasa kedua saya yang tak berapa mahir ini. When I failed to ignites the engine, how shall I speed up?

Saya bukanlah pemegang sijil PMR dan SPM yang baik. Saya kira saya gagal di situ. Halangan dan ranjau terlalu banyak. Hampir tak tercapai rasanya untuk menghidu bau dan aroma dunia menara gading. Namun dengan izin Allah dan kekuatan yang Dia kurniakan, saya sampai ke satu destinasi yang tak pernah tersangka untuk dijejak.

Saya pilih untuk teruskan usaha menggapai ilmu setapak lebih tinggi lagi. Tapi rasa rendah diri, rasa lemah dan rasa ketidakmampuan terus menghimpit. Saya pun gagal gagahkan diri untuk gigihkan usaha. Ada rasa inferior yang masih wujud dalam diri. Saya nampak tough tapi saya tebalkan luaran untuk membuang rasa 'kurang' yang menghuni dalam pinggir diri.

Akhirnya saya akui (beberapa kali), saya bukan fast learner, saya bukan pintar, saya bukan genius, saya bukan independent... saya manusia lemah yang sangat bergantung. Bergantung pada tiupan angin semangat yang hadir kadang di timur, kadang di barat. Saya sangat tahu bahawa ujian buat saya tak pernah sunyi supaya saya pertingkatkan kebergantungan pada Dia.

Abah selalu pesan, manusia akan jelak, jemu, menyampah dan meluat dengan kita jika kita asyik bergantung, mengadu, meluah dan berharap pada mereka. Itu benar! Tapi Allah tak pernah jemu, tak pernah jelak jika hambaNya selalu meminta, mengadu, merintih, merayu, berharap dan bergantung padaNya. Bahkan, Dia makin sayang dengan hamba yang meletakkan pergantungan kepadaNya di tempat yang tertinggi.

Saya bimbang untuk menyemai rasa yakin diri, rasa diri besar dan megah kerana bimbang saya akan hanyut dengan sikap ego dan sombong. Tapi saya mahu nyatakan, saya BOLEH dan saya MAMPU kerana DIA memberi SEMANGAT. I SHALL STAND TALL CAUSE I BRING ISLAM WITH ME! NURUL JAWAHIR, JANGAN LUPA YANG ILMU ALLAH BERI ITU ADALAH UNTUK DIMANFAATKAN PADA JALAN DIA. JIKA MATLAMAT INI JELAS, ENGKAU TAKKAN TERSASAR DAN JATUH. Saya bimbang jika ilmu ini menjauhkan saya, menghanyutkan saya, menjadikan saya manusia yang berbangga dengan pemberian sedikit ini. KEEP ME ON THIS TRACK, I HAVE NOTHING WITHOUT YOU BUT I HAVE EVERYTHING WHEN I LAY ON YOU! Ganbatte kudasai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR! Stronger! Never fear!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...